Duration 9:31

AIR TUAK | NIRA KELAPA | Coconut Sap - How it's Made

10 994 300 watched
0
16.3 K
Published 4 Jun 2020

Air tuak ialah minuman tradisi masyarakat Kelantan. Air tuak ialah air yang dikeluarkan dari mayang kelapa yang dipotong sedikit demi sedikit. Air tersebut akan ditadah menggunakan tukil dari buluh atau plastik. Laru(kayu cengal yang ditakir atau diketam) akan dimasukkan dalam tukil, untuk mengelakkan tuak jadi masam atau cepat rosak. Sebelum dijual, tuak akan ditapis supaya tiada habuk dan serangga. Kalau dulu tuak ialah kegemaran sesetengah orang sahaja, kini tuak semakin mendapat tempat oleh masyarakat. Terutama nya di bulan puasa. Tuak bersama ais, sangat cepat menghilangkan dahaga di waktu matahari terik. Ajimo berkesempatan melawat pengusaha tuak komersial di Kampung Kelong, Tumpat, iaitu Abe Yi. Banyak benda yang kita boleh belajar dari Abe Yi. Antara pesanan yang melekat dalam kepala saya ialah, jangan takut untuk berbudi pada tahan. Setahun dua awal tu memang susah, kena sabar dan usaha. Ditambah pula banyak bimbingan dan bantuan kerajaan, , insyaAllah tahun mendatang akan mengeluarkan hasil. Beliau juga tak percaya kalau orang cakap tiada tanah untuk menanam, sebab banyak tanah yang ada untuk disewa, dan sewanya murah berbanding hasil yang akan dapat kelak. Untuk pembelian Air tuak, boleh hubungi : Baihaqi - 011 22226346 Tuak water is traditional drink for Kelantanese. Air tuak or coconut sap is the sweet translucent substance that is derived by tapping coconut flowers, commonly used as raw material of palm sugar. This tapping process is conducted twice a day, i.e. during nighttime and daytime for about 15 and 9 hours, respectively. The container of coconut sap will be inserted with chip of Cengal wood. It act as natural preservative for coconut sap. Without is, coconut sap will be easily damaged and go sour. Air tuak used to be a very niche market, Hbut nowadays air tuak gain its fan, especially during fasting month. Air tuak is the best for thirst quenching. Instagram : Ajimo Channel Facebook : Ajimo Channel Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengupload semula tanpa kebenaran. Song: LAKEY INSPIRED - Warm Nights (Vlog No Copyright Music) Music provided by Vlog No Copyright Music. Video Link: /watch/IvdFhjbMa2tMF

Category

Show more

Comments - 1540